Friday, January 23, 2009

rahmat kedamaian.




Semalam, aku bempimpi tentang kedamaian,
gugusan manusia berkerja keras dalam dunia yang kosong.
Benar,membina kembali kontang
peradaban yang hancur lebur,
serakah moyang dahulu kala yang lupa diri
hanyut dalam kuasa peri!

Aku melihat dalam mimpiku
peradaban yang sempurna,
kedamaian dan ketenangan pada semua.
Ada senyum, manis.
Ada ketawa, gembira.
Ada airmata, syukur.
Lelah dan keringat adalah semangat,
cinta dan sayang berlapik ukhwah sejagat.

Mimpiku berkisah tentang harapan.
Tiada darah pekat, juga bingit bom hangat.
Bumi menghijau bukan lagi memerah pekat
bagai kilauan berlian dari renek peluh, di selubungi rias
sang pelangi yang tak mahu pergi.
Sungguh indah walau lelah mengiring kudrat
namun kudrat masih kuat
untuk menongkah bahagia baru
dalam gurun pembangunan insan yang
mencari tatoo bahagia
walau hingga akhirat mendatang.

Mimpiku semalam, hanya sebuah mimpi
tapi cukup memberi senyum
sepanjang hariku mengharap moga benar
akan bahagia bumi kita dalam rahmat kedamaian.


dayya

No comments:

Post a Comment