Tanah sekangkang itu ada kuasa,
"Dari mana?" jangan ditanya
takut nanti terbang pula sarang nuclear!
Bersepah tahi-tahi dendam
tak nampak tapi terang, selindung
dalam cerah.
Tanah sekangkang dirampas dengan kejam,
beri sedikit mahu sepanjang.
Tak tahu malu kubilang, tapi aku bisu
aku diam; sebab akupun semacam jelatang.
Kamu tahu, tanah sekangkang itu dulu tandus
tapi sekarang megah menyerang, tuan tanah direjam
ditembak macam binatang.
Hei, kamu lupa kamu itu pendatang?
Menerjah sana sini macam kamu tuan,
berani cuma kerana kuasa ada di belakang.
Kamu tuli telingakah, tak dengar kanak-kanak
meraung derita di tepi jalan?
"Mana ayah? Mana ibu? Mana abang? Mana kakak?"
Langau jadi teman, hurung hamis darah!
Kasihan...
Kamu buta tangisan kecil itu adalah butiran permata?
Tak nampakkah jernihnya begitu berharga.
Kasihan...
Jerit harap itu ikhlas, dengarkan!
Tangis perit itu juga ikhlas, lihatlah!
Kemudi nafsu serakah kamu, jangan
sampai lupa diri,
aku takut bila kuasa di belakangmu berpaling,
kamu akan sehelai sepinggang lagi.
Zionis, hentikan keganasan.
Bebaskan Palestin selamanya!
dayya
No comments:
Post a Comment